Penat tetapi puas, tak seberapa tapi berbaloi..

By Shahriza Mahmud, 12 October, 2009, 2 Comments


Alhamdulillah….. Bengkel senilakon, penulisan skrip dan dubbing telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Penat tetapi puas, tak seberapa tapi berbaloi.

Bengkel senilakon dan skrip bertempat di studio Persatuan SENIMAN Malaysia telah Riza kendalikan pada 10 Oktober mulai jam 0900 hingga 1300. Walaupun cuma dua orang pelajar yang memberikan keputusan untuk hadir, Riza tidak membatalkan bengkel hanya kerana tiada pelajar. Riza pernah mengajar cuma seorang sahaja di dalam satu kelas. Riza sedar, Riza bergerak secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa. Jika selalunya Riza dibantu oleh Saddiq tetapi kali ini dia mempunyai tugasan lain.

Walaupun banyak yang perlu dipelajari dan didalami oleh Raihan dan Afiq, namun mereka telah mencuba sebaik mungkin untuk mempraktikkan apa yang telah diajar. Riza berbangga dengan mereka. Afiq cukup bersemangat tetapi dia mempunyai masalah gugup yang agak melampau. Riza terpaksa menenangkannya setiap kali dia gugup untuk mencuba sesuatu yang Riza arahkan. Afiq pelu banyak belajar. Semoga Afiq akan berjaya satu hari nanti, InsyaAllah..

Raihan seorang guru sanggup memandu dari Grik ditemani oleh isteri, semata-mata untuk mengikuti bengkel senilakon dan skrip yang diminati sejak sekian lama tetapi peluang tidak pernah muncul. Walaupun tidak pernah belajar tentang penulisan skrip, Riza kagum dengan semangatnya yang meniru dan mencuba menulis skrip dari apa yang dilihat dan didengarnya sahaja sehingga siap sebuah skrip telemovie. Bagus atau tidak bukan ukurannya kerana mereka yang mempunyai ilmu dalam penulisan pun, belum tentu rajin menulis!

Kelas skrip dihadiri oleh Raihan dan Ali yang sama-sama bersemangat. Ali datang dengan cerpennya yang telah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia. Ali ingin menjadikannya sebuah skrip. Nasihat dan panduan yang termampu, Riza berikan padanya. Akhirnya ada keputusan menarik yang Ali capai. Riza tak boleh memberitahunya kerana biarlah dia siapkan apa yang akan ditulisnya.

Dari pagi hingga senja Riza mencurahkan apa yang terdaya. Di sebelah malamnya Riza menghadiri jamuan rumah terbuka Dato’ Yusof Haslam dan diikuti dengan perjumpaan serta perbincangan bersama teman sehingga jam 0200.

Pagi AHAD, 11 Oktober, Riza tiba di studio dubbing untuk bengkel seterusnya. Steven Patrick merupakan pelajar pertama yang tiba sebelum jam 0900. Memang berdisiplin dan bersemangat!

Kami memulakan kelas lewat 30 minit kerana sedikit masalah. Kelas bermula dengan sesi perkenalan dengan semua pelajar dan Puan Norhayati Yusof, seorang pengarah dubbing, pemilik studio dan rakan lama yang sama-sama berteater di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Riza memulakan sesi pertama dengan latihan persediaan teknik-teknik vokal bagi seorang dubber. Sesi yang cukup menarik! Riza terhibur dengan gelagat Steven, Wan, Anis dan Andrew yang berhempas pulas menggayakan semua teknik yang diajar. TAHNIAH! Anda semua fantastik!

Sesi berlangsung dengan kemas sehingga kepada sesi latihan praktikal di studio di mana kami menyaksikan masing-masing kecut perut apabila benar-benar berhadapan dengan situasi pengalaman seorang dubber. Kami pecah perut melihat gelagat Andrew yang terkial-kial dengan penyebutan bahasa Melayunya yang penuh dengan ‘lidah tergeliat’! :) Maklumlah bak kata Andrew sendiri,”Saya anak Mat Saleh..”.. Berderai tawa kami dengan slanga Andrew yang comel itu.. :) Pun begitu, tabik! Andrew tidak langsung menunjukkan rasa takut, malu mahupun berkecil hati. Andrew tetap seronok dan ‘enjoy’ sesi latihan tersebut!

Sesi tamat jam 1330. Kami makan tengahari bersama dan banyak berbual perkara-perkara yang menarik. Jam 1430, ada sesi dubbing sebenar untuk sebuah siri terkenal dari Hollywood. Steven terpaksa pulang kerana akan menghadiri sesi ujibakat di Petaling Jaya tetapi Wan, Anis dan Andrew terus lepak di studio dan melihat setiap proses dubbing sehingga jam 2000 dan kami pulang bersama-sama.

Penatnya tak usah cerita lah tapi Riza puas dan gembira dengan perancangan yang bertukar kepada kenangan manis!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!
Kita akan bertemu lagi InsyaAllah!

Popularity: 3% [?]

~ Boboi Berdarah.. ~

By Shahriza Mahmud, 8 October, 2009, 6 Comments


Setiap hari Riza melawat Boboi. Kelmarin, 6 Oktober dan semalam, 7 Oktober Riza tak update perkembangan Boboi sebab seluruh tubuh ini terasa lemah apabila melihat keadaan Boboi yang tidak mahu makan selepas Riza tinggalkannya di klinik. Lebih melemahkan lagi bila melihatkan darah merah segar menitik-nitik dari tiub yang dimasukkan melalui alat sulit Boboi. Badan dan bulunya kotor dengan kesan darah yang menitik. Pun begitu, Boboi masih berusaha untuk mencuci bahagian yang dirawat walaupun telah dipakaikan kolar bagi menghalangnya berbuat demikian.

Doktor kata pendarahan berlaku di bahagian yang tersumbat dan menghalang pembuangan air kecilnya. Tiub dan ubat membantu memecahkan ‘crystal like stone’ yang terkumpul. Doktor kata lagi kemungkinan akibat dari makanan yang tidak sesuai tapi Riza rasa ianya disebabkan air dari paip yang tidak bersih walaupun pada pandangan mata ianya nampak jernih. Ini kerana setiap kali air ditapis, akan ada sisa-sisa kuning dan karat di lapisan bawah sekali. Bukan itu saja, tangan juga kering setiap kali mencuci atau mandi. Sekarang Riza terpaksa membeli air mineral untuk minuman, kalau tidak badan Riza juga kering. Nampaknya Boboi juga kena minum air mineral..

Ketika Riza sampai untuk menjenguknya, Boboi terus bangun dan meluru ke pintu sangkar. Dia menyondol muka Riza. Dia memang biasa mencium Riza setiap kali Riza cakap,”Kiss-kiss..” :) terutama apabila setiap kali menyambut Riza pulang ke rumah.

Agak lama Riza duduk berbual dan mengusap Boboi. Akhirnya Riza melangkah pulang dengan lemah. Setibanya di rumah, Riza cuba untuk ‘update status’ di facebook, twitter dan blog tapi tak berdaya. Sesekali saja Riza jengah fb untuk menjenguk rakan-rakan dengan topik-topik lainnya. Riza minta maaf pada Bit dan rakan lain yang prihatin kerana bertanyakan Boboi tetapi Riza tidak menjawabnya.

Sewaktu pulang dari klinik pada 6hb., lama Riza duduk diam di dalam kereta. Macam-macam yang bermain. Riza tak boleh bohong, setiap ruang rumah terasa kosong tanpa Boboi…sehinggakan Riza bermimpikan dia. Kesian Boboi.. Dia diletakkan di tingkat atas klinik, di bahagian luar yang tidak berhawa dingin. Tak kisahlah ada hawa dingin atau tidak sebab Riza pun tak suka angin dari pendingin hawa tapi ruang luar agak panas. Boboi biasa tidur dengan Riza dengan suasana sejuk dan berkipas. Riza tak fikir yang bukan-bukan kerana Riza sedar Boboi perlu diasingkan takut ada jangkitan yang akan memudaratkan ‘orang’ lain. Cahaya matahari memang diperlukan olehnya.

Riza mengelamun panjang memikirkan Boboi…
Akhirnya Riza tertidur memeluk ‘Rasputin’, teddy bear yang dulunya dipeluk Boboi…

***

Popularity: 1% [?]

Fw: Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran!

By Shahriza Mahmud, 6 October, 2009, 2 Comments

Sumber asal: Eramuslim

Mulanya Riza terima forwarded email dari Sal, kemudian Riza copy yang asal dari eramuslim..

Bismillahiraahmanirrahim…
Allahummasolli’alamuhammad wa’alaalimuhammad..

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim
iyyakanaqbudu waiyyakanasta’in
ihdinassirotolmustaqim

Popularity: 1% [?]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes